BANGKOK * entry bergambar

entry bergambar semata-mata..saja nak menyemakkan blog yang dah kehausan gambar..
malas nak tulis caption tiap gambar.huhuhu....



























..Terima Kasih Kerana Membaca....

Perkara yang perlu diketahui untuk melancong ke Bangkok

Assalammualaikum...
Tau tak minggu lepas kan..kite kan pergi Bangkok...yea kite tahu cerita minggu lepas kite baru nak update minggu ni, dah la update minggu ni hari rabu pulak tu, balik dari bangkok isnin lepas..punyalah lambat kan...nak buat macam mana tertinggal keretaapi...kekangan masa yang selalu membuat kan kite jarang update, tak update dan lambat nak update satu satunya blog yang jadi teman kite dikala kesunyian ni haa....Nie update pon curi curi masa lepas solat subuh...nanti dah masuk kerja, berangan je nak update tapi tak update update pon..berangan je lebih...
Ok dah boleh berhenti membebel rasanya..meluat kan dekat orang yang suka membebel tak tentu hala ni...huhuhu..

Trip ke Bangkok, trip Ashanim Dress Lab...4 hari 3 malam...trip yang sangat best dan sangat memenatkan..kitaorang naik MAS, flight dari sini jam 3 berapa entah..tapi perjalanan mengambil masa 2 jam je..bagi kite yang belum pernah ke luar negara, rasa excited la jugak..tapi sebenarnya masa nak pergi tu mood kureng...mana tak nya masa nak pergi tu kita dah nak demam..huhuhu...
ada beberapa perkara yang memberi pengajaran kat kite kalau kalau lepas ni nak melancong ke luar lagi...tapi kan..tapi kan...actually kitaorang dah plan dah tahun depan nak pergi mana...lagi best..tak sabar nak tunggu tahun depan...

Sedikit perkara yang perlu diketahui kalau nak melancong ke bangkok...

1. Kena standbay botol mineral kosong, sebab sama macam kat international airport, kat toilet dah tak ada paip air, dekat thailand dan mungkin kat beberapa negara, toilet diorang mmg tak ada paip air..kalau selesa guna tisu, gula la tapi bagi kite lagi prefer guna air, rasa lebih bersih..peduli la diorang pandang semacam je masuk toilet bawak botol air kosong..bukan diorang kenal kita pon...

2. Makanan yang paling banyak dijumpai di Bangkok, Thailand adalah daging babi, makanan yang haram, so kena berhati hati sangat..kat food court akan ada 1, 2 je yang menghidangkan makanan halal..sup, tomyam dan semua makanan yg tengok macam sedap je kebanyakkannya dari daging binatang tu..so kalau nak pergi gunalah khidmat tourist guide islam ye..senang..

3. Duit kita lagi besar dari duit diorang, sebagai contoh duit kita RM 100, bersamaan 1000bath...
so kalau dia cakap harga kasut tu 799bath..harga kita RM 79.90..

4. Sebelum nak melancong, better tukar duit awal awal kan..senang in case nak beli mineral ke, nak bagi tip ke dan apa apa la kan..tapi tak payah la tukar banyak banyak sangat sebab kita still boleh guna machine atm card kat sana..so sebelum pergi korang kena active kan atm card korang..active kan untuk pengeluraran di luar negara..kalau korang guna atm machine kat sana, setiap pengeluaran akan di charge RM 15, tapi if guna money exchange, korang akan di charge lebih kurang RM 20..so better guna atm machine je kan..

5. Kalau melancong ke Bangkok, kita kena pandai tawar menawar sebab diorang ni suka sembelih dan diorang pon selalu stress dengan pelancong dari Malaysia ni, orang Malaysia suka giler menawar..pernah ada 1 situasi atas floating market..orang tu jual gitar hiasan dengan dengan harga 1200bath untuk satu, then kitaorang main tawar menawar.boleh dapat 1000bath untuk dua..tak ke giler..maksud satu gitar tu sebenarnya boleh dapat 500bath, tapi di jual sampai 1200bath...
korang tak main tawar menawar, korang la rugi..

6. Industri pelacur dan seks sangat berleluasa di Bangkok, terutama sekali waktu malam..tempat paling hot Patpong..kitaorang pergi jugak tempat tu, bukan sebab nak tengok yer..tapi sebab kat tempat tu dikira night market, kat tepi -tepi sesetengah lorong diorang ada...open giler pulak tu,..seksi meksi..

7. Tapi jangan lupa semua yang menari seksi meksi tu bukan perempuan original..diorang ni dipanggil Lady Boy..bersepah kat Bangkok ni...cantik giler pulak tu, kalah perempuan original..dengar khabar diorang habiskan beratus ribu untuk dapatkan body, muka dan kulit macam tu..

8. Kalau kamu kamu ni kami online dan tak boleh hidup tanpa online, dinasihatkan kamu tukar simcard sana la ye..sebab kalau guna simcard sini, then korang guna prepaid, baru je col belum cakap lagi dah habis..hahaha..tapi guna simcard sana, call sini, malaysia..murah taw..rugi simcard still ada balance 50bath..penat bergayung tak habis habis jugak...

9. Buah yang paling sedap dekat bangkok buah mannga, mangga dia lain giler dengan yang kat sini, rasa lemak,macam cukup, manis cukup..sedap giler la senang kata, dan jangan lupa makan pulut mangga...sedapnya tuhan je lah yang tahu...terliur la pulak...huhuhu..

10. Kena faham sikit bahasa thailand sebab ramai diantara diorang ni tak boleh nak faham english..dah sudah berurus niaga guna bahasa isyarat..pelik yang kerja 7eleven pon tak faham english..yang bawak teksi pon tak faham english..dah la diorang cakap thai laju giler..

yesss...cukup 10 perkara, tapi macam ada lagi cuma semalam termakan kerabu semut jadi hilang ingatan sekejap..nanti kalau kite ingat kite tulis lagi la yer..nak hupdate gambar bebanyak line internet tak laju macam harimau lapar..nanti kita update pic kite bebanyak sampai korang muntah tengok..walaupon sebenarnya sedar..tak ada siapa pon nak tengok pic kite nie...isk..isk... 


nah ambik gambar pengakhir bicara..memula pelik apehal la mulut macam tu..lepas tu baru ingat, kan nak demam, dah start batuk. ni tengah hisap fisherman friend la nie..tu muncung semacam je..

daaaaa.....


..Terima Kasih Kerana Membaca....

katakan tidak pada nescafe

Hye semua.selamat bercuti tahun baru cina semua..makan buah limau banyak banyak lepas tu kena beratur nak masuk toilet.. hihihihi...hari ni aku cuti tapi esok dah kena kerja balik sebab gantikan orang lain kan..tak pe lah.berkorban je lah..lagipon tak balik kampung pon..tiket habis..sedeh je..huhuhu...

Bila aku berseorangan kat rumah, tahap kemalasan tak payah cakap lah..memang malas nak mapus..breakfast merangkap lunch..MEGGI CUP jer...tengah syok syok makan tu tetiba je tekak rasa macam nak kan sesuatu...tekak terasa nak minum nescafe..atau dalam erti kata lain aku dah addicted dengan nescafe..kalau sehari je tak minum mula la nak mengamuk, moody semacam je..rasa macam semua tak kena..tapi aku pon perasan jugak..aku start minum nescafe ni time diploma dulu..minum banyak mana pon tak ada effect langsung..ada setengah orang tu minum secawan terus tak boleh tidur..aku pulak minum banyak mana pon nyenyak je tidur...tapi prestasi kesihatan aku makin menurun lah..aku mudah sakit kepala..badan aku lemah..aku selalu sakit pinggang...aku tahu semua ni kesan dari nescafe la..aku dah try nak kurangkan..dah macam macam buat tapi tulah aku langsung tak boleh bau..orang lain buat, aku bau automatik aku pon bangun buat jugak..hihihi...
banyak sebanarnya keburukkan nescafe ni, lagi lagi untuk perempuan..bos aku sendiri cakap banyak sangat minum kopi dan nescafe ni boleh menyebabkan kita susah nak dapat anak.OMG...takut giler time dengar tu,..tapi tulah..nak stop minum susah giler...

Antara keburukkan nescafe yang aku jumpa hasil dari pencarian di GOOGLE

####Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca
tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan
dahi berpeluh
2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang
pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan
jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Tapak tangansemakin basah.


###  Nescafe adalah tidak baik dan
merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran
ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari
kelapa sawit (non dairy creamer)’

Pengambilan nescafe ni selalu dikaitan dengan sakit jantung, susah dapat anak, panas baran, rosak buah pinggang, sakit kepala @ migrain, berdebar debar

Jadi aku memang kena stop daripada minum nescafe ni..dah la aku jenis kureng sikit dengan air masak ni..makin teruk la badan aku nanti...kan kan..
lepas ni aku terpaksa katakan tidak pada nescafe...bye bye minuman kegemaran ku...

..Terima Kasih Kerana Membaca....

kesedihan yang sedih...


sedih dan kecewa bila seseorang yang pernah mengaku sebagai kawan tiba tiba 
jadi tak macam kawan pon..hanya disebabkan status seorang kawan tu dah bertukar kepada
boyfriend..


memang sentap sangat bila benda ni jadi..memang tak dinafikan dulu, masa berkawan..
kehulu kehilir bertiga happy je..ada masalah pon tak rasa macam ada masalah..yelah nama pon kawan kan semua berkongsi bersama..sampailah satu saat mereka bercinta..yea...salah seorang dari mereka tahu mereka bercinta bahkan tolong untuk menyatukan mereka..tapi seorang yang terpinggir ni tak tersangka rupannya dia memang betul betul dipinggirkan..
bermula la kisah seorang yang terpinggir ni untuk hidup bersendirian..semua dihadapi sendiri tanpa pertolongan seseorang yang digelar kawan.. hanya kerana hubungan percintaan, hubungan persahabatan menjadi renggang..


memang pernah keluar dari mulut pasangan bercinta ni, hubungan persahabatan tidak akan renggang hanya kerana mereka bercinta.. tapi hanya sekadar kata kata tanpa sebarang pembuktian..hubungan persahabatan memang rengang..renggang dan serengangnya... dulu, si gadis yang bercinta ni menjadikan seorang yang terpinggir ni sebagai tempat bercerita, tempat mengadu, tempat meminta pendapat.. tapi bila si gadis ni dah menemui seseorang yang dirasakan cukup sempurna dimatanya..
seorang yang terpinggir ni di buang macam tu sahaja..tanpa rasa bersalah mungkin..
mereka boleh bergelak ketawa sedangkan yang terpinggir ni menangung kesedihan berseorangan..

tak salah jika nak cinta,bercinta lah..seorang yang terpinggir ni tak pernah menghalang..malah menyokong.. tapi tak pernah seorang yang terpinggir ni menyangka hubungan persahabatan yang dulunya disangka akan berkekalan selamanya akhirnya renggang dan menanti masa untuk putus je..




#entry tanpa pendahuluan dan penutup....

..Terima Kasih Kerana Membaca....